Wednesday 24 July 2013

I Love You, Hubby! 17 (full entry)


Kepada yang berminat untuk membeli baju Muslimah online, boleh pergi ke sini: Baju Muslimah Online Thanks :)
********************************************************************

Azan Subuh sayup kedengaran berhampiran dengan rumah banglo itu. Kalimah suci yang dilaungkan itu membuatkan Keisya membuka matanya perlahan-lahan. Rasa berat saja nak buka mata sebab malam tadi, hampir pukul tiga pagi baru niat nak tidur itu ada. Menantikan si suami yang tak kunjung tiba membuatkan dia tidur bertemankan air mata dan kata-kata cinta dari suaminya. 

Keisya menggosok perlahan matanya. Dia memandang siling dalam keadaan yang masih mamai. Beberapa minit kemudian, dia bingkas bangun dan matanya mencari insan lain di dalam bilik itu. Namun hampa yang ditemuinya. Aish tiada di sini, tiada bersama dengannya. Kemungkinan lelaki itu langsung tidak balik. Mudah sahaja air matanya ingin meleleh. Terasa macam besar sangat kesalahannya pada malam semalam sedangkan itu semua hanyalah perlakuannya yang tidak disengajakan.

Sofa yang selalu menjadi tempat tidur Aish didekati. Bagaikan terbau sahaja haruman tubuh Aish yang lekat di situ. Bantal yang selalu menjadi alas Aish di sofa ketika tidur dicapainya lalu dicium lembut. Serentak itu air matanya mengalir lembut membasahi bantal sofa itu. 

Bukan dia tidak memberi bantal yang tersedia di katil itu, tetapi lelaki itu lebih rela menggunakan bantal sofa itu. Bantal-bantal tidur yang berlebihan di bilik ini sering digunakan Aish sebagai 'perisai' untuk dirinya. Bantal-bantal itu disusun satu persatu di birai katil dengan tujuan menghalang wanita kesayangannya jatuh dari katil.

Tuk!Tuk!Tuk!

Keisya tersentak tatkala pintu biliknya diketuk perlahan. Bantal itu diletak kembali ke tempat asal dan satu suara lembut milik ibu mertuanya menujah masuk ke gegendang telinganya.

" Bangun Keisya. Dah masuk waktu subuh ni," ujar Puan Katijah dengan niat hendak mengejutkan menantunya itu.

" Keisya dah bangun ni, ibu," sahut Keisya dari dalam bilik. Kemudian, dia terdengar suara Shila di luar biliknya yang sedang berkata-kata dengan ibu mertuanya itu.

" Mak ngah, jom kita solat subuh secara berjemaah. Lagi afdhal kalau solat secara berjemaah daripada seorang diri kan, Mak ngah." Keisya mengetap bibir mendengar kata-kata gadis itu diluar biliknya. Kuat betul suara gadis itu seolah-olah hendak satu taman ini dengar suaranya itu. Dia tahu, pasti gadis itu hendak dia mendengarnya.

Pintu bilik dikuak perlahan. Wajah ibu mertuanya dan Shila yang masih berdiri di luar biliknya itu dipandang tenang.

" Ibu, boleh Keisya nak solat jemaah sekali dengan ibu?" tanya Keisya lembut. Sambil-sambil itu matanya melingas kiri dan kanan mencari kelibat suami tercinta. Namun tak kelihatan.

" Kamu ni Keisya. Mestilah boleh. Lagi bagus kalau solat berjemaah. Kamu pergi ambil wuduk sana. Ibu tunggu dekat ruang tamu. Kita solat dekat sana," balas Puan Katijah sambil tersenyum ceria. Dia sudah dapat melihat perubahan yang ada pada diri Keisya. Alhamdulillah, dia bersyukur anak lelakinya dapat mendidik wanita itu sehingga adanya perubahan yang baik.

Keisya tersenyum kecil lalu meminta izin untuk masuk semula ke dalam bilik. Baru sahaja pintu itu ditutup, dia menguak kembali pintu biliknya itu. Kelibat Shila sudah hilang di matanya  manakala ibu mertuanya sudah bergerak menuju ke tangga.

" Errr ibu," panggil Keisya lalu menghentikan langkah ibu mertuanya itu.

" Errr.. Aish belum balik lagi ke ibu?" tanya Keisya teragak-agak.

Puan Katijah memandang Keisya dengan kening yang berkerut. Masakan menantunya itu tidak tahu akan kepulangan anaknya sebentar tadi. Sebelum masuk waktu Subuh, anaknya itu pulang sebentar kemudian keluar semula sebelum azan subuh.

" Kamu tak sedar ke Aish balik tadi?" tanya Puan Katijah prihatin. Dia sudah dapat menghidu ketegangan yang masih berlaku dikalangan anak dan menantunya.

Keisya terpaku mendengarnya. Aish ada balik ke? Hatinya tertanya-tanya sendiri. Timbul sebak yang mula mencengkam kuat hatinya. Sampai hati lelaki itu. Balik tanpa memberi tahu dirinya, tanpa mengajaknya bersolat subuh secara berjemaah. Semudah itukah Aish merampas rasa bahagia yang ada? Tiada ruangkah untuk dia meminta maaf dekat lelaki itu dan menceritakan segala-galanya?

Puan Katijah mengetap bibirnya apabila melihat wajah keruh Keisya. Dia lihat ada air yang bergenang di tubir mata menantunya itu. Wanita muda itu didekati lalu dibawa tubuh itu ke dalam pelukannya. Lancar sahaja bibirnya berkata-kata kepada menantunya itu.

" Allah tidak pernah membiarkan hamba-Nya hidup bersenang-lenang tanpa dugaan yang ada. Apa yang Keisya rasa dan hadapi sekarang ni, semua ini adalah dugaan. Allah tak akan menduga Keisya dengan dugaan sebegini andai Keisya tidak kuat. Keisya kena hadapi semua ini kerana inilah dugaan dalam rumah tangga."

"Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga berada di mana-mana sahaja, cuma kita saja yang perlu bersiap sedia untuk mempertahankan rumah tangga kita. Perkahwinan satu ikatan yang suci, runtuhnya sesebuah rumah tangga itu akibat kelalaian dari pasangan suami isteri itu mengundang kebencian Allah. Ingat, berkasih sayanglah antara suami isteri. Barulah perkahwinan dijamin bahagia," ujar Puan Katijah lembut. Tatkala ini dia sudah mendengar esakan halus daripada Keisya. Biarlah telekungnya basah asalkan menantunya itu dapat melepaskan semua yang dirasa. Sedikit sebanyak hatinya geram juga dengan sikap anaknya yang seolah-olah melarikan diri daripada masalah.

 Jika dahulu, kehadiran wanita seperti Keisya langsung tidak diingini. Tetapi sedikit demi sedikit, dia mula sayang dengan wanita itu apatah lagi hati anaknya berada pada menantunya ini.

 
AISH bersandar lemah di dinding masjid yang bercat hijau muda. Tenang sedikit hatinya setelah melaksanakan solat subuh. Warna hijau yang melatari isi masjid ini menambahkan lagi rasa tenang di rumah Allah ini. Jam di masjid sudah menunjukkan hampir ke tujuh pagi. Orang ramai yang hadir pun sudah mula susut. Hanya tinggal dia dengan beberapa orang jemaah yang lain.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek baju Melayunya. Telefon yang dimatikan itu diaktifkan semula setelah hampir satu jam dimatikan kerana menunaikan solat subuh. Aktif sahaja telefonnya itu, satu mesej daripada ibunya terus masuk ke telefonnya. Mesej itu sudah tiga puluh minit masuk ke peti mesejnya.

Aish dekat mana sekarang ni? Sebelum subuh ibu tengok Aish dah keluar. Kamu langsung tak beritahu Keisya kamu pulang. Kesian dia. Kalau kamu sayang dia, kamu tak patut tinggal dia macam tu saja. Kamu patut dengar penjelasan dia, bukan pergi macam tu saja seolah-olah menghukum dia.

Mesej yang berunsur tazkirah pagi daripada ibunya. Mesej daripada ibunya dibiarkan tidak berbalas. Tiada mood untuk melakukan apa-apa di pagi-pagi begini. Moodnya terus dibawa angin apabila melihat pipi isterinya yang lena berbekas dengan air mata. Lain tak bukan, pasti air mata kesal kerana perbuatannya.

Bukan niat dia hendak berlalu begitu saja. Tetapi dia tidak bersedia menghadap si isteri yang dilukai. Dia yakin pasti wanita itu marah dengannya. Mungkin juga akan menjauhkan diri darinya. Dia belum bersedia untuk semua itu setelah semua rasa indah dilalui mereka berdua.


DIA tersenyum puas. Mana tak puasnya apabila rancangannya sudah hampir selesai. APabila difikirkan balik, pelik rasanya apabila tiba-tiba sahaja dia inginkan Aish sedangkan dulu, ibunya beria-ria menyuruhnya memikat sepupunya itu tapi dia menolak. Adakah kerana pesaingnya Keisya menyebabkan dia rasa tertarik untuk memiliki lelaki itu? 

Sejak dulu lagi, dia memang menyimpan rasa benci dan iri hati terhadap wanita itu kerana Keisya mempunyai segala-galanya. Dari pasangan hingga ke harta, wanita itu mendahului dirinya.

 Luka di tangan di belek. Luka itu masih belum disapukan ubat malah dibiarkan begitu sahaja. Dia sedang menunggu kepulangan Aish. Apabila lelaki itu pulang, segala plot 'drama' yang telah diatur akan 'ditayangkan'. Dia tersenyum sinis. Luka ini amat bermakna untuk dirinya. Dia berharap semuanya berjalan lancar. 

 Jika dia tidak dapat memiliki Aish pun tidak mengapa asalkan dia dapat melihat Keisya disingkirkan dari keluarga itu. Dia tidak mahu wanita itu mempunyai hubungan dengan keluarga mak ngahnya ini. Dia benci! 

Telefonnya yang berbunyi tiba-tiba terus diangkat apabila nama ibunya terpapar di skrin telefon. Ibunya kini sudah pulang ke Malaysia tetapi dia menyuruh ibunya agar pergi jauh untuk sementara waktu. Jika ibunya muncul di hadapan keluarga ini, hancur punah rancangannya!

" Hello ibu."

" Hello Shila. Kamu ni baru bangun dari tidur ke hape? Kamu jangan nak malukan ibu dengan membuta dekat rumah orang. Jaga sedikit perlakuan kamu tu, karang hancur semuanya..." bebel Puan Latifah berterusan tanpa sempat Shila berkata-kata apa. Gadis itu hanya mampu mendengus kasar sambil menjauhkan telefon bimbitnya dari telinganya. Hatinya mengutuk geram akan ibunya. Telefon aku pepagi buta ni cuma nak bagi ceramah sepuluh sen lebih baik tak payah!

Beberapa saat berlalu, Shila mendekatkan kembali telefon bimbitnya itu ke telinga dengan muka yang rimas mendengar bebelan ibunya itu.

" Ibu, dah habis ke belum ni? Ibu nak Shila dengar sehari suntuk ke ibu membebel? Kalau sehari suntuk, sorrylah ibu,Shila banyak kerja nak buat daripada dengar ibu membebel," bidas Shila geram. Sakit hatinya mendengar bebelan pedas orang tuanya itu. Macamlah dia tak pandai nak atur rancangannya itu. Dia bukan bodoh untuk atur semuanya.

" Eeee, mulut kamu tu... Aku sumbat dengan cili baru tahu. Kurang ajar sangat cakap dengan aku ni. Hey, sedar sikit, aku ni tau yang bela kamu tu sampai umur 23 tahun ni. Nak harapkan bapak kamu tu, entah-entah kamu ni dah jadi pelacur agaknya," ujar Puan Latifah lepas.

" Yalah, bu. Cukup-cukuplah tu membebel. Sakit telinga Shila ni nak tadah bebelan ibu tu. Berdarah tahu tak. Ibu ni sikit-sikit nak mengungkit je kejenya. Jadi pelacur pun untung juga, ibu. Dapat duit. Tak adalah hari-hari telinga ni nak kena sogok dengan bebelan ibu tu. Kalau tahi telinga tu boleh bertukar jadi jongkong emas tu tak apalah pula," jawab Shila selamba sambil menjulingkan mata ke siling tanda menyampah. Sudah lama dia tidak berperang mulut sebegini dengan ibunya. Sekali sekala syok juga dapat kutuk ibunya tu. Biar sedar sikit orang tua tu!

" Kamu ni... eeeee, macam bunyi gagak je aku dengar suara kamu ni tau. Kalau kamu depan mata ibu ni, memang dah cukup-cukup ibu kerjakan. Nasib baik...."

" Syyyy. Sudah-sudahlah tu ibu. Kalau ibu dah gian sangat nak membebel, pergi membebel dekat orang lain. Sikit-sikit nak membebel je kerja dia. Macam tak ada kerja lain. Hah, yang ibu ni call Shila kenapa?" tanya Shila yang sudah dapat mengagak apa yang ibunya itu inginkan.

" Ibu nak tanya, macam mana dengan rancangan kamu tu? Menjadi tak?" tanya Puan Latifah dengan tidak sabarnya. Manusia, kehancuran orang yang dicari. Keredhaan dari Tuhan, langsung dibawa ke tepi.

" Menjadi sangat sampai luka tangan Shila ni dikerjakan Keisya," jawab Shila sambil menyentuh perlahan luka yang masih baru itu. Tidak lah teruk mana tapi kerana luka kecil ini, ketegangan Aish dan Keisya terjadi. Untung dia terserempak dengan Keisya di dapur pada malam tadi, kalau tak, pasti semua ini tidak akan terjadi. 

" Hah luka?! Kurang ajar betul perempuan tu. Suka-suka hati dia je nak lukakan anak aku."

" Relakslah ibu. Luka ni lumayan tau ibu. Kerana luka ni lah, diorang tengah goyah tau. Kalau Shila 'jentik' sikit, mesti dah runtuh jawabnya," ujar Shila sambil ketawa jahat. Gembira sungguh dia.

" Apa yang dah jadi sampai luka kamu tu boleh jadi isu diorang bergaduh?" tanya Puan Latifah pelik. Pasal luka kecil tu pun boleh bergaduh? Hmm, hebat betul anak dara sunti dia ni. Eh sunti lagi ke?

" Yang tu ibu tak payah tahulah. Yang penting sekarang ni, kita cuma tunggu je masa yang sesuai," balas Shila sambil tersenyum membayangkan kehancuran yang akan terjadi. Senyuman di bibirnya kendur apabila mendengar derap langkah seseorang di luar biliknya dan dehaman seorang lelaki. 

" Ibu, okaylah. Shila ada hal ni. Bila-bila nanti kita sembang. Bye," ujar Shila tanpa berlengah. Telefon bimbitnya diletakkan di meja solek lalu menghampiri pintu biliknya.

Pintu bilik itu direnggangkan sedikit. Melalui bukaan yang kecil itu, dia melihat Aish sedang berlalu di hadapan biliknya. Terus pintu biliknya itu dibuka luas, konon-kononnya tidak menyedari kehadiran lelaki itu.

" Eh abang. Baru balik ke? Abang pergi mana tadi? Dah sarapan?" tanya Shila dengan senyuman lebarnya. Wajah tidak bermaya Aish dipandang dengan mata yang galak.

Lelaki itu hanya diam sahaja tanpa menjawab. Wajah Shila dipandang kosong lalu beredar masuk ke biliknya tanpa mempedulikan Shila.Memandang wajah Shila menambahkan kekusutan yang sedia ada.

Shila mendongkol geram. Tangannya dikepal lalu tapak tangannya menepuk marah pintu biliknya itu. Eeee, lelaki ni. Boleh je dia buat tak tahu dengan aku? Dia lupa ke yang bini dia tu dah cederakan aku? Bongok betul! Tak apa. Kau tunggu. Kau tengoklah nanti apa yang jadi, bisik hati Shila penuh amarah. Dia masuk semula ke dalam biliknya dengan hati yang membengkak.


Pintu biliknya ditolak perlahan. Dia menarik nafas dalam sebelum melangkah masuk ke dalam bilik itu. Mencari udara untuk berhadapan dengan kemarahan isterinya. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam, kelibat isterinya tidak kelihatan.

Dia mencari isterinya di dalam bilik itu. Langsung tidak menyedari Keisya yang memang berada di situ.
Aish menolak pintu bilik air itu namun kosong. Kemudian matanya terpandang satu tubuh yang sedang lena di atas sofa. Dia menghela nafas halus sambil menggeleng perlahan. Langsung dia tidak perasan bahawa isterinya itu sedang terlena di sofa dengan…menggunakan bantal yang menjadi alas kepalanya di rumah ini.

Tubuh itu didekati. Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, dia melutut di sisi sofa itu sambil merenung rindu wajah lena itu. Rambut yang menutup separuh dari wajah itu dibawa ke tepi. Tidak puas memandang dengan separuh wajah sahaja.

Jari-jemarinya dibawa bermain pada rambut yang lurus itu. Sementara wanita itu sedang tidur, biarlah dia melepaskan kerinduan yang sedia ada. Jari yang setia mengulit rambut itu terhenti apabila matanya terlihat sebuah buku setebal satu inci berada dalam pelukan isterinya. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam dadanya. Dengan perlahan, tangannya menarik perlahan buku itu lalu berjalan ke katil.

Satu persatu helaian buku itu dielak. Kelihatan buku itu merupakan diari isterinya. Rasa bersalah menerjah hatinya kerana menceroboh privasi isterinya. Sampai sahaja jarinya di muka surat yang akhir sekali, matanya terpaku pada tajuk helaian itu.

‘Cinta Hatiku’.

Jantungnya berdebar-debar membaca tajuk itu. Hatinya meronta-ronta hendak membaca tulisan isterinya itu. Akhirnya dia berkeputusan mengikut kata hatinya. Dia ingin tahu siapa cinta hati isterinya. Melihat pada tarikh yang tertera pada helaian itu, penulisan itu baru ditulis pada hari ini.

Hari yang malang. Hari yang sangat malang bagi aku yang baru nak merasa saat manis..bahagia.. bahagia bersama dia. Tapi.. entah dimana silapnya, semua menjadi huru hara. Hanya kerana sebuah kesalahan yang aku tak buat, dia menyepi. Menyepi dari pandangan aku. Puas aku tunggu dia pulang ke rumah sehinggakan pada malam tadi aku terlena pada pukul tiga pagi. Tragis kan? Ya, aku tahu perjalanan hidup aku memang sentiasa tragis. Adakah jalan hidup aku tak pernah menemui jalan bahagia?

Aish mengetap bibirnya membaca ayat-ayat yang tertera di buku itu. Sesak dadanya membaca nukilan isterinya. Dia tahu, dalam nukilan ini, isterinya itu memaksudkan dirinya.

Hanya kerana seorang perempuan, tangan itu sudah berani hinggap ke muka aku. Tak pernah aku duga wajah aku ni akhirnya akan menerima penampar sulung. Yang paling aku kecewakan, penampar itu datangnya dari dia. Tega benar dia menampar aku. Dialah orang pertama yang menampar aku dan.. aku harap itu tamparan terakhir dari dia buat aku. Aku akan pastikan kebahagiaan menjadi milik aku dan aku akan luahkan perasaan aku…

Bacaan Aish terhenti apabila telefonnya yang berada di dalam kocek baju Melayu menerima panggilan telefon. Melihat nama yang terpapar pada telefon bimbitnya membuatkan dia berasa pelik. Apahal dia ni telefon aku?

“ Hello, Fina.”

“ Hey, Aish! You dah buat apa hah?” sembur Fina laju.

Aish menjauhkan telefonnya dari telinganya. Bingit telinganya mendengar gadis itu jerit kepadanya. Apalah masalah perempuan ni…

“ Assalamualaikum, Fina,” ucap Aish lebih kepada sinis. Dia dapat agak yang gadis ini pasti sudah tahu apa yang terjadi. Mungkin isterinya mengadu kepada Fina. Haihh..

“ Errr… wa…wa’alaikumussalam,” jawab Fina tergagap. Malu sebenarnya sebab main hambur anak teruna orang.

“ Hei, I nak cakap sedikit ni. I memang tak puas hati dengan you ni. You sesuka suki hati you je kan tampar my bestfriend forever. You tak kenal Shila tu siapa then you boleh percayakan dia hundred percent. Lepastu tampar kawan I. Eeee, you sedar tak you tampar siapa time tu? Sepatutnya you tampar si Shila bongek tu!” hambur Shila geram kepada lelaki itu. Aish terdiam mendengar amukan gadis itu. Kemudian dia mengeluh halus.

“ Yes, I know. That’s my bad. Tapi I tak boleh nak kawal perasaan I masa tu. I keliru…” ujar Aish kesal.

“ Okay, listen here. You can’t believe on Shila. She’s Mak Lampir. Dia tu memang suka tengok kehancuran orang lain. So, lain kali, sebelum tangan you tu naik dekat muka bini you, you fikir beribu kali okay.”

“ She’s my wife and I know what I should and shouldn’t in my marriage. You don’t need to worry. I can handle it.” Ego Aish bertindak. Terasa tercabar pula apabila gadis ini melebih-lebih. Dia tahu tak yang kawan dia tu bini aku bukan bini dia?

“ Okay, fine. I called you not for having an argue with you. I want to see you right now,” ujar Fina.

Berkerut dahinya mendengar kata-kata gadis itu. Nak jumpa dia? Aish tersenyum sinis. Dia sedar tak yang aku ni dekat Kuala Selangor dan dia dekat Kuala Lumpur? Dia nak suruh aku pergi KL ke semata-mata nak jumpa dia? Oh please… Jauh tu.

“ Jumpa you? Dekat KL ke? Oh please girl. We just can talk through the handphone and no need to meet each other okay,” bantah Aish. Malas dia nak pandu jauh-jauh walaupun hanya mengambil satu jam hendak ke sana. Walaupun satu jam, dia boleh buat macam-macam dekat rumah ni.

Fina mendengus kasar. Banyak songeh betul mamat ni. “ I dekat Kuala Selangor sekarang ni,” balas Fina beku.

Mata Aish membulat. Dah dekat Kuala Selangor? Memang nekad minah ni nak jumpa dengan aku. Keisya punya hal sampai sanggup buat apa-apa saja. Aku respect betul dekat dia ni.

“ Hei Aish. You dengar tak ni? Ke you dah jadi tunggul?” ujar Fina geram. Sakit hati bila tiada apa-apa balasan dari Aish.

“ Yes, I dengar. Okay-okay. You bagi tahu I dekat mana you nak jumpa nanti I datang situ,” cadang Aish lalu terus mematikan telefonnya. Malas nak menunggu lama. Beberapa minit kemudian, mesej daripada Fina masuk. Gadis itu mengajaknya berjumpa di sebuah restoran yang tidak jauh dari tempatnya ini. Fina juga pesan agar tidak memberitahu Keisya akan perjumpaan ni.

Buku yang berada di tangannya direnung seketika. Niat nak meneruskan bacaannya tetapi Fina hendak berjumpa dengannya pula. Sambung lepas balik nantilah, bisik hatinya. Buku itu dibawa semula ke sofa lalu diletakkan ke dalam pelukan Keisya. Tempat asal buku itu. Kemudian dia terus menukar baju melayunya kepada T-shirt ringkas. Nak jumpa Fina je pun, tak payah cantik-cantik. Getus hatinya.

Setelah menyikat ala kadar rambutnya, dia terus mencapai kunci keretanya dan berlalu keluar dari bilik itu. Tidak menyedari langsung ada sepasang mata dan telinga yang sentiasa mengawasi dan mendengar setiap butir bicaranya.


“ Assalamualaikum,” ucap Aish sebaik sahaja tiba di tempat yang menjadi pilihan Fina. Gadis itu yang sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya tersentak apabila melihat Aish sudah berada di sisinya.

“ Wa’alaikumussalam. Eh sekejapnya you sampai?” tanya Fina lalu memasukkan telefon bimbitnya itu ke dalam beg tangannya. Jus oren di dalam gelas dikacau perlahan dengan penyedut minuman.

“ Restoran ni bukan jauh pun dari rumah I,” balas Aish lalu melabuhkan duduk di hadapan gadis berambut hitam berkilat ini.

“ Eh air you je ke? Air untuk I you tak order sekali?” tanya Aish sambil menggamit seorang pelayan yang tidak jauh dari mereka.

“ I mana tahu you suka air apa.”

“ I tak kisah air apa-apa pun,” ujar Aish. Dia memesan kepada pelayan perempuan itu segelas teh tarik dan roti bakar serta telur separuh masak. Fina hanya menjadi pemerhati sahaja.

“ You lapar ke? Macam tak sarapan lagi je I tengok,” ujar Fina.

“ Yup, I belum sarapan lagi. Tak sempat,” ujar Aish sambil tersenyum kecil. Bukan tak sempat tapi dia yang tiada selera nak makan. Tapi bila sampai sahaja di restoran ini, perutnya ‘mendayu-dayu’ minta diisi.

“ Tak sempat? Hmm, whateverlah Aish. I nak cakap sedikit ni tentang…”

“ Stop. If you want to talk about me and Keisya, yes, you can but please don’t too much,” potong Aish pantas. Dia tidak mahu gadis itu terlalu masuk campur dalam rumah tangganya. Tetapi jika gadis itu hendak memberi apa-apa cadangan yang mampu membaik pulih hubungan mereka, dia terima.

“ Okay-okay. Memang pasal korang berdua. You tahu kan Keisya tu siapa dengan I?”

“ Your bestfriend forever, ever and ever?” jawab Aish sinis. Fina mengetap bibirnya geram mendengar jawapan lelaki di hadapannya ini.

“ Yes, she is. Antara I dengan you, siapa kenal dia lebih, lebih dan lebih rapat?” tanya Fina dalam sinis juga.
Aish mengangkat tangannya ke sisi seolah-olah menyerah kalah. “ Of course, you.”

“ Hmmm tahu pun. Sekarang ni, Shila berada di rumah you, kan?”

“ Eh yang you ni banyak tanya ni kenapa? Apa yang you nak buat ni? Ya, Shila dekat rumah I,” jawab Aish pelik. Pelik dia dengan gadis ini. Dari tadi asyik tanya benda yang sudah jelas benderang.

“ I tanya tu jawab je lah. Look Aish. I, Keisya dengan Shila tidak sebulu. Memang tak sebulu. Dekat kolej, ada saja yang minah sengal tu nak cari pasal. I pun tak tahulah kenapa dengan dia tu. Suka sangat bersaing dengan Keisya. Then, bila you kahwin dengan Keisya, lagilah dia tak puas hati,” ujar Fina panjang berjela. Dia kesian dengan nasib Keisya. Wanita itu sudah seperti keluarganya sendiri. Hampir 10 tahun mereka bersama, sudah tentu dia mengenali Keisya dan seluruh cerita wanita itu.

“ Kenapa dia tak puas hati sangat I kahwin dengan Keisya? I rasa perkahwinan kitorang tak menggugat keamanan dia,” ujar Aish dengan keluhan halus. Silap. Dia silap sekali membenarkan Shila tinggal di situ.

“ You have everything what women want. Of course dia tak puas hati,” balas Fina. Kalau dia ni jahat macam Shila juga, tak mustahil dia akan cuba goda lelaki di hadapannya walaupun dia berkawan baik dengan Keisya. Uiiii, mamat handsome, siapa yang tak nakkan. Bisik hatinya nakal.

“ I am not. I just have a heart which’s full of love. Love to myself, love to my family and…”

“ And love to your wife,” sambung Fina sambil tersengih kecil. Aish hanya tersenyum nipis sambil menggaru perlahan keningnya yang lebat itu.

“ You know about Jason Harris?” tanya Aish.

Fina terkedu. Dia tidak menyangka bahawa lelaki dihadapannya ini sudah tahu tentang Jason Harris. Duduknya mulai gelisah, bimbang jika dia membuka mulut Keisya akan memarahinya.

“ Jangan risau. Keisya dah bagitahu I pasal dia,” ujar Aish apabila melihat reaksi Fina yang gelisah.

“ Oh, you dah tahu rupanya. So, kenapa you tanya?” tanya Fina sambil menyedut minumannya.

“ Sebab I rasa, Keisya masih cintakan Jason Harris,” balas Aish. Apabila menyebut nama Jason Harris, fikirannya melayang mengingati pertemuannya dengan pemuda malam semalam. Tidak menyangka lelaki itu mempunyai nama yang sama ataupun… err tak mungkinlah.

“ Hello, Encik Aish Ahsan yang tua tiga tahun dari I dengan Keisya, you ni nama je dah hidup 26 tahun dekat muka bumi ni tetapi perasaan terlindung seorang perempuan tu pun you tak tahu. Keisya bukan main teruja lagi cakap dekat I yang dia sukakan you tapi you ni.. urghhh loading sangat,” ujar Fina panjang berjela tanpa menyedari yang dia sudah terlepas cakap sesuatu perkara manakala Aish di hadapannya sudah berdiri serta merta. Orang ramai mula memberi perhatian kepada Aish dan Fina yang disangka pasangan kekasih. Menyangkakan ada tayangan perdana antara mereka berdua.

Aish sudah tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Dia yakin apa yang dia dengar itu tidak salah dan kini hatinya sudah berbunga tanpa menyedari dia sudah berdiri kejung di hadapan Fina. Gadis itu pula mula kelihatan kaget melihat reaksi spontan Aish. Apahal dengan mamat ni? Muka handsome-handsome, janganlah dia buat perangai pelik pulak dekat sini.

“ Fina, ulang balik ayat you tadi. Ulang balik!” desak Aish yang mula tidak keruan seperti perasaannya juga. Tidak keruan mendengar sebaris ayat itu. Arh, harap-harap pendengarannya tidak salah. Kalau silap, memang malu besar dia hari ini. Malu dekat restoran ini dan malu sebab perasan terlebih.

Fina tersentak mendengar Aish yang mendesak dia mengulang kembali ayat dia. Ayat apa yang mamat ni suruh aku ulang? Aku rasa dah banyak ayat aku cakap dengan dia ni.

“ Ayat yang mana satu ni?” tanya Fina sambil berdiri. Tangannya menggamit lengan Aish supaya duduk kembali. Bengang melihat orang ramai yang mula menukar posisi tubuh melihat drama mereka.

Aish menepis tangan Fina. “ Alahhh, ayat yang tadi tu lah. Ada you sebut ayat tu,” desak Aish lagi. Sikapnya kini seolah-olah kanak-kanak lelaki yang inginkan gula-gula tetapi tidak diberi. Cuma tinggal kaki sahaja tidak dihentak-hentak ke lantai. Pandangan orang ramai kini sudah tidak dipedulikan oleh Aish.

Fina menggaru perlahan kepalanya. Cuba mengingat kembali ayat apa yang disebutkannya tadi. Orang ramai yang memandang mereka dipandang satu persatu bagaikan mencari jawapan di setiap wajah itu.

Fina mengetap bibirnya apabila dia mengingat kembali ayat yang disebutkannya sebentar tadi. Ayat yang merupakan pengakuan Keisya!

“ No, no, no. I tak ingat ayat tu. Dah lah Aish, jom kita balik. Eeeee, semua pandang kitalah. Malulah I macam ni,” ujar Fina cuba menafikan sambil tersengih bersalah kepada yang memandang.

Aish tersedar. Dia memandang orang sekeliling yang sudah memandang mereka semacam. Pantas dia mendekati Fina lalu mengheret gadis itu menuju ke keretanya yang diparkir berhadapan restoran itu. Lupa seketika pada makanan yang belum dibayar.

“ Okey done! Clean and clear from other people. So, tell me what you said just now. Tell me!” desak Aish berterusan sambil mengatupkan kedua belah tangannya bagaikan merayu. Sudah hilang sikap tenang dan machonya. Kalau aku nak rakam aksi dia sekarang ni, aci tak? Bisik hati Fina nakal.

“ I tak tahu ayat apa yang you maksudkan. Now, better you balik. So, sampai di sini sahaja pertemuan kita. I nak masuk ke dalam restoran balik, nak bayar duit makan,” ujar Fina cuba melarikan diri. Dia sudah berjanji agar tidak memberitahu Keisya akan hal ni, tapi nampaknya sudah terlepas pula.

Namun baru beberapa langkah sahaja dia menapak, Aish melayangkan sesuatu dihadapan matanya yang tidak mampu dia tolak seumur hidup ini. Sesuatu yang mampu menjadikan lelaki-lelaki yang didampinginya menjadi ‘pokai’.

“ I heard what you’ve said just now, girl. Tell me everything about what has Keisya said to you. And then, you can use this to buy anything what you want,” ujar Aish perlahan dengan nada yang agak menggoda pada pendengaran Fina apatah lagi kad kredit yang dilayangkan di hadapannya menggoda dirinya. Keisya, aku minta maaf! Aku terpaksa bagitahu juga! Raung hati Fina.

p/s: okay done! Don't forget to give a comment okay! :)

Saturday 20 July 2013

I Love You, Hubby! 17 (half)

Writer menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kehilangan diri ini. :) Dengan itu, writer sajikan dengan bab 17 separuh. Enjoy...
****************

Azan Subuh sayup kedengaran berhampiran dengan rumah banglo itu. Kalimah suci yang dilaungkan itu membuatkan Keisya membuka matanya perlahan-lahan. Rasa berat saja nak buka mata sebab malam tadi, hampir pukul tiga pagi baru niat nak tidur itu ada. Menantikan si suami yang tak kunjung tiba membuatkan dia tidur bertemankan air mata dan kata-kata cinta dari suaminya. 

Keisya menggosok perlahan matanya. Dia memandang siling dalam keadaan yang masih mamai. Beberapa minit kemudian, dia bingkas bangun dan matanya mencari insan lain di dalam bilik itu. Namun hampa yang ditemuinya. Aish tiada di sini, tiada bersama dengannya. Kemungkinan lelaki itu langsung tidak balik. Mudah sahaja air matanya ingin meleleh. Terasa macam besar sangat kesalahannya pada malam semalam sedangkan itu semua hanyalah perlakuannya yang tidak disengajakan.

Sofa yang selalu menjadi tempat tidur Aish didekati. Bagaikan terbau sahaja haruman tubuh Aish yang lekat di situ. Bantal yang selalu menjadi alas Aish di sofa ketika tidur dicapainya lalu dicium lembut. Serentak itu air matanya mengalir lembut membasahi bantal sofa itu. 

Bukan dia tidak memberi bantal yang tersedia di katil itu, tetapi lelaki itu lebih rela menggunakan bantal sofa itu. Bantal-bantal tidur yang berlebihan di bilik ini sering digunakan Aish sebagai 'perisai' untuk dirinya. Bantal-bantal itu disusun satu persatu di birai katil dengan tujuan menghalang wanita kesayangannya jatuh dari katil.

Tuk!Tuk!Tuk!

Keisya tersentak tatkala pintu biliknya diketuk perlahan. Bantal itu diletak kembali ke tempat asal dan satu suara lembut milik ibu mertuanya menujah masuk ke gegendang telinganya.

" Bangun Keisya. Dah masuk waktu subuh ni," ujar Puan Katijah dengan niat hendak mengejutkan menantunya itu.

" Keisya dah bangun ni, ibu," sahut Keisya dari dalam bilik. Kemudian, dia terdengar suara Shila di luar biliknya yang sedang berkata-kata dengan ibu mertuanya itu.

" Mak ngah, jom kita solat subuh secara berjemaah. Lagi afdhal kalau solat secara berjemaah daripada seorang diri kan, Mak ngah." Keisya mengetap bibir mendengar kata-kata gadis itu diluar biliknya. Kuat betul suara gadis itu seolah-olah hendak satu taman ini dengar suaranya itu. Dia tahu, pasti gadis itu hendak dia mendengarnya.

Pintu bilik dikuak perlahan. Wajah ibu mertuanya dan Shila yang masih berdiri di luar biliknya itu dipandang tenang.

" Ibu, boleh Keisya nak solat jemaah sekali dengan ibu?" tanya Keisya lembut. Sambil-sambil itu matanya melingas kiri dan kanan mencari kelibat suami tercinta. Namun tak kelihatan.

" Kamu ni Keisya. Mestilah boleh. Lagi bagus kalau solat berjemaah. Kamu pergi ambil wuduk sana. Ibu tunggu dekat ruang tamu. Kita solat dekat sana," balas Puan Katijah sambil tersenyum ceria. Dia sudah dapat melihat perubahan yang ada pada diri Keisya. Alhamdulillah, dia bersyukur anak lelakinya dapat mendidik wanita itu sehingga adanya perubahan yang baik.

Keisya tersenyum kecil lalu meminta izin untuk masuk semula ke dalam bilik. Baru sahaja pintu itu ditutup, dia menguak kembali pintu biliknya itu. Kelibat Shila sudah hilang di matanya  manakala ibu mertuanya sudah bergerak menuju ke tangga.

" Errr ibu," panggil Keisya lalu menghentikan langkah ibu mertuanya itu.

" Errr.. Aish belum balik lagi ke ibu?" tanya Keisya teragak-agak.

Puan Katijah memandang Keisya dengan kening yang berkerut. Masakan menantunya itu tidak tahu akan kepulangan anaknya sebentar tadi. Sebelum masuk waktu Subuh, anaknya itu pulang sebentar kemudian keluar semula sebelum azan subuh.

" Kamu tak sedar ke Aish balik tadi?" tanya Puan Katijah prihatin. Dia sudah dapat menghidu ketegangan yang masih berlaku dikalangan anak dan menantunya.

Keisya terpaku mendengarnya. Aish ada balik ke? Hatinya tertanya-tanya sendiri. Timbul sebak yang mula mencengkam kuat hatinya. Sampai hati lelaki itu. Balik tanpa memberi tahu dirinya, tanpa mengajaknya bersolat subuh secara berjemaah. Semudah itukah Aish merampas rasa bahagia yang ada? Tiada ruangkah untuk dia meminta maaf dekat lelaki itu dan menceritakan segala-galanya?

Puan Katijah mengetap bibirnya apabila melihat wajah keruh Keisya. Dia lihat ada air yang bergenang di tubir mata menantunya itu. Wanita muda itu didekati lalu dibawa tubuh itu ke dalam pelukannya. Lancar sahaja bibirnya berkata-kata kepada menantunya itu.

" Allah tidak pernah membiarkan hamba-Nya hidup bersenang-lenang tanpa dugaan yang ada. Apa yang Keisya rasa dan hadapi sekarang ni, semua ini adalah dugaan. Allah tak akan menduga Keisya dengan dugaan sebegini andai Keisya tidak kuat. Keisya kena hadapi semua ini kerana inilah dugaan dalam rumah tangga."

"Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga berada di mana-mana sahaja, cuma kita saja yang perlu bersiap sedia untuk mempertahankan rumah tangga kita. Perkahwinan satu ikatan yang suci, runtuhnya sesebuah rumah tangga itu akibat kelalaian dari pasangan suami isteri itu mengundang kebencian Allah. Ingat, berkasih sayanglah antara suami isteri. Barulah perkahwinan dijamin bahagia," ujar Puan Katijah lembut. Tatkala ini dia sudah mendengar esakan halus daripada Keisya. Biarlah telekungnya basah asalkan menantunya itu dapat melepaskan semua yang dirasa. Sedikit sebanyak hatinya geram juga dengan sikap anaknya yang seolah-olah melarikan diri daripada masalah.

Jika dahulu, kehadiran wanita seperti Keisya langsung tidak diingini. Tetapi sedikit demi sedikit, dia mula sayang dengan wanita itu apatah lagi hati anaknya berada pada menantunya ini.


AISH bersandar lemah di dinding masjid yang bercat hijau muda. Tenang sedikit hatinya setelah melaksanakan solat subuh. Warna hijau yang melatari isi masjid ini menambahkan lagi rasa tenang di rumah Allah ini. Jam di masjid sudah menunjukkan hampir ke tujuh pagi. Orang ramai yang hadir pun sudah mula susut. Hanya tinggal dia dengan beberapa orang jemaah yang lain.

Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek baju Melayunya. Telefon yang dimatikan itu diaktifkan semula setelah hampir satu jam dimatikan kerana menunaikan solat subuh. Aktif sahaja telefonnya itu, satu mesej daripada ibunya terus masuk ke telefonnya. Mesej itu sudah tiga puluh minit masuk ke peti mesejnya.

Aish dekat mana sekarang ni? Sebelum subuh ibu tengok Aish dah keluar. Kamu langsung tak beritahu Keisya kamu pulang. Kesian dia. Kalau kamu sayang dia, kamu tak patut tinggal dia macam tu saja. Kamu patut dengar penjelasan dia, bukan pergi macam tu saja seolah-olah menghukum dia.

Mesej yang berunsur tazkirah pagi daripada ibunya. Mesej daripada ibunya dibiarkan tidak berbalas. Tiada mood untuk melakukan apa-apa di pagi-pagi begini. Moodnya terus dibawa angin apabila melihat pipi isterinya yang lena berbekas dengan air mata. Lain tak bukan, pasti air mata kesal kerana perbuatannya.

Bukan niat dia hendak berlalu begitu saja. Tetapi dia tidak bersedia menghadap si isteri yang dilukai. Dia yakin pasti wanita itu marah dengannya. Mungkin juga akan menjauhkan diri darinya. Dia belum bersedia untuk semua itu setelah semua rasa indah dilalui mereka berdua.


DIA tersenyum puas. Mana tak puasnya apabila rancangannya sudah hampir selesai. APabila difikirkan balik, pelik rasanya apabila tiba-tiba sahaja dia inginkan Aish sedangkan dulu, ibunya beria-ria menyuruhnya memikat sepupunya itu tapi dia menolak. Adakah kerana pesaingnya Keisya menyebabkan dia rasa tertarik untuk memiliki lelaki itu? 

Sejak dulu lagi, dia memang menyimpan rasa benci dan iri hati terhadap wanita itu kerana Keisya mempunyai segala-galanya. Dari pasangan hingga ke harta, wanita itu mendahului dirinya.

Luka di tangan di belek. Luka itu masih belum disapukan ubat malah dibiarkan begitu sahaja. Dia sedang menunggu kepulangan Aish. Apabila lelaki itu pulang, segala plot 'drama' yang telah diatur akan 'ditayangkan'. Dia tersenyum sinis. Luka ini amat bermakna untuk dirinya. Dia berharap semuanya berjalan lancar. 

Jika dia tidak dapat memiliki Aish pun tidak mengapa asalkan dia dapat melihat Keisya disingkirkan dari keluarga itu. Dia tidak mahu wanita itu mempunyai hubungan dengan keluarga mak ngahnya ini. Dia benci! 

Telefonnya yang berbunyi tiba-tiba terus diangkat apabila nama ibunya terpapar di skrin telefon. Ibunya kini sudah pulang ke Malaysia. Itu yang membuatkan dia geram kerana ibunya tiba awal dari yang dijangka. Bagi menjayakan rancangannya, dia menyuruh ibunya agar pergi jauh untuk sementara waktu. Jika ibunya muncul di hadapan keluarga ini, hancur punah rancangannya!

" Hello ibu."

" Hello Shila. Kamu ni baru bangun dari tidur ke hape? Kamu jangan nak malukan ibu dengan membuta dekat rumah orang. Jaga sedikit perlakuan kamu tu, karang hancur semuanya..." bebel Puan Latifah berterusan tanpa sempat Shila berkata-kata apa. Gadis itu hanya mampu mendengus kasar sambil menjauhkan telefon bimbitnya dari telinganya. Hatinya mengutuk geram akan ibunya. Telefon aku pepagi buta ni cuma nak bagi ceramah sepuluh sen lebih baik tak payah!

Beberapa saat berlalu, Shila mendekatkan kembali telefon bimbitnya itu ke telinga dengan muka yang rimas mendengar bebelan ibunya itu.

" Ibu, dah habis ke belum ni? Ibu nak Shila dengar sehari suntuk ke ibu membebel? Kalau sehari suntuk, sorrylah ibu,Shila banyak kerja nak buat daripada dengar ibu membebel," bidas Shila geram. Sakit hatinya mendengar bebelan pedas orang tuanya itu. Macamlah dia tak pandai nak atur rancangannya itu. Dia bukan bodoh untuk atur semuanya.

" Eeee, mulut kamu tu... Aku sumbat dengan cili baru tahu. Kurang ajar sangat cakap dengan aku ni. Hey, sedar sikit, aku ni tau yang bela kamu tu sampai umur 23 tahun ni. Nak harapkan bapak kamu tu, entah-entah kamu ni dah jadi pelacur agaknya," ujar Puan Latifah lepas.

" Yalah, bu. Cukup-cukuplah tu membebel. Sakit telinga Shila ni nak tadah bebelan ibu tu. Berdarah tahu tak. Ibu ni sikit-sikit nak mengungkit je kejenya. Jadi pelacur pun untung juga, ibu. Dapat duit. Tak adalah hari-hari telinga ni nak kena sogok dengan bebelan ibu tu. Kalau tahi telinga tu boleh bertukar jadi jongkong emas tu tak apalah pula," jawab Shila selamba sambil menjulingkan mata ke siling tanda menyampah. Sudah lama dia tidak berperang mulut sebegini dengan ibunya. Sekali sekala syok juga dapat kutuk ibunya tu. Biar sedar sikit orang tua tu!

" Kamu ni... eeeee, macam bunyi gagak je aku dengar suara kamu ni tau. Kalau kamu depan mata ibu ni, memang dah cukup-cukup ibu kerjakan. Nasib baik...."

" Syyyy. Sudah-sudahlah tu ibu. Kalau ibu dah gian sangat nak membebel, pergi membebel dekat orang lain. Sikit-sikit nak membebel je kerja dia. Macam tak ada kerja lain. Hah, yang ibu ni call Shila kenapa?" tanya Shila yang sudah dapat mengagak apa yang ibunya itu inginkan.

" Ibu nak tanya, macam mana dengan rancangan kamu tu? Menjadi tak?" tanya Puan Latifah dengan tidak sabarnya. Manusia, kehancuran orang yang dicari. Keredhaan dari Tuhan, langsung dibawa ke tepi.

" Menjadi sangat sampai luka tangan Shila ni dikerjakan Keisya," jawab Shila sambil menyentuh perlahan luka yang masih baru itu. Tidak lah teruk mana tapi kerana luka kecil ini, ketegangan Aish dan Keisya terjadi. Untung dia terserempak dengan Keisya di dapur pada malam tadi, kalau tak, pasti semua ini tidak akan terjadi. 

" Hah luka?! Kurang ajar betul perempuan tu. Suka-suka hati dia je nak lukakan anak aku."

" Relakslah ibu. Luka ni lumayan tau ibu. Kerana luka ni lah, diorang tengah goyah tau. Kalau Shila 'jentik' sikit, mesti dah runtuh jawabnya," ujar Shila sambil ketawa jahat. Gembira sungguh dia.

" Apa yang dah jadi sampai luka kamu tu boleh jadi isu diorang bergaduh?" tanya Puan Latifah pelik. Pasal luka kecil tu pun boleh bergaduh? Hmm, hebat betul anak dara sunti dia ni. Eh sunti lagi ke?

" Yang tu ibu tak payah tahulah. Yang penting sekarang ni, kita cuma tunggu je masa yang sesuai," balas Shila sambil tersenyum membayangkan kehancuran yang akan terjadi. Senyuman di bibirnya kendur apabila mendengar derap langkah seseorang di luar biliknya dan dehaman seorang lelaki. 

" Ibu, okaylah. Shila ada hal ni. Bila-bila nanti kita sembang. Bye," ujar Shila tanpa berlengah. Telefon bimbitnya diletakkan di meja solek lalu menghampiri pintu biliknya.

Pintu bilik itu direnggangkan sedikit. Melalui bukaan yang kecil itu, dia melihat Aish sedang berlalu di hadapan biliknya. Terus pintu biliknya itu dibuka luas, konon-kononnya tidak menyedari kehadiran lelaki itu.

" Eh abang. Baru balik ke? Abang pergi mana tadi? Dah sarapan?" tanya Shila dengan senyuman lebarnya. Wajah tidak bermaya Aish dipandang dengan mata yang galak.

Lelaki itu hanya diam sahaja tanpa menjawab. Wajah Shila dipandang kosong lalu beredar masuk ke dalam biliknya tanpa mempedulikan Shila.Memandang wajah Shila menambahkan kekusutan yang sedia ada.

Shila mendongkol geram. Tangannya dikepal lalu tapak tangannya menepuk marah pintu biliknya itu. Eeee, lelaki ni. Boleh je dia buat tak tahu dengan aku? Dia lupa ke yang bini dia tu dah cederakan aku? Bongok betul! Tak apa. Kau tunggu. Kau tengoklah nanti apa yang jadi, bisik hati Shila penuh amarah. Dia masuk semula ke dalam biliknya dengan hati yang membengkak.

p/s: Sorry so sorry so sorry and again sorry sebab dah lama tak post. Dah nak hampir sebulan baru nak post. Writer bulan ni dah jarang ada masa untuk blog so hope you all bersabar di bulan yang barakah ini ;) Oh ya, sesiapa yang nak tampar Shila secara berjemaah dipersilakan :P