ASSALAMUALAIKUM.....
niesa nak sambung cerita niesa ni... ekekeeke.... kali ni niesa post sekali dengan bab 3.... tapi jangn ambek kesah lh yek... bab 2 tu lebih panjang dr bab 3... hehehe.... ape2 pon.... jom bce.... >_<
BAB 2
RAFIQ memandu kereta Audi RX8
menuju ke rumah banglo keluarganya. Sun glasses dipakainya ketika memandu.
Tanpa memakai cermin mata itu, dia hilang tumpuan dalam pemanduan akibat
panahan cahaya matahari. Tali leher yang sejak tadi terikat kemas dirungkaikan.
Rasa rimas walaupun aircond sudah terpasang. Lampu trafiq di hadapannya sudah
mula bertukar berwarna merah. Rafiq mengeluh halus apabila keretanya tidak
sempat mendahului lampu merah itu. kepalanya dipalingkan ke kanan apabila ada
sebuah kereta Myvi berwarna merah jambu berhenti disebelahnya. wow, pink
colour! Getus hatinya. Namun, perhatiannya bukan seratus peratus pada
kereta itu. matanya turut memandang pemandu kereta itu. Orangnya cantik, seksi
dan segalanya memang perfect pada matanya. Pemandu kereta itu memandang
kearahnya. Namun, beberapa saat kemudian, dia memandang kehadapan semula. Rafiq
tersenyum simpul. Matanya tetap focus pada kereta itu. Tiba-tiba si gadis itu
memandang kearahnya tanpa berkelip. Rafiq turut memandang gadis itu dan
memberikan senyuman seguni gula kearah gadis itu.
Gadis itu melambaikan
tangan kearahnya. Rafiq turut membalas kemudian dia meneruskan pemanduan
setelah lampu bertukar warna. Itu lah reaksi gadis-gadis di luar sana apabila
memandangnya. Dia sudah biasa dengan reaksi semua itu. Dengan wajah yang
dibekalkan tampan serta maskulin, memang ramai yang tertarik. Apatah lagi
apabila dia tersenyum. Gigi taringnya pasti kelihatan dan manis sekali.
Rafiq
memandu keretanya memasuki garaj kereta. Keretanya diparkir bersebelahan kereta
BMW M5 milik ibunya. Sun glasses dicabut dan di letak di seat belakang. Briefcasenya dibawa keluar dari kereta lalu menuju
ke pintu rumah banglo.
“
Rafiq,” panggil seseorang. Rafiq yang sedang menutup pintu rumah memandang
kearah ibunya yang sedang duduk membaca majalah di ruang tamu. Rafiq berjalan
menuju kearah ibunya dan tangan ibunya dicium penuh sopan. Rambut ikalnya
diusap lembut oleh ibunya sebelum ibunya mengucup lembut kepalanya. Rafiq
tersenyum bahagia. Dia senang dimanjakan begitu. “ Awalnya Rafiq balik hari ni,”ujar
Datin Sri Fatimah. Rafiq tersenyum manis sebelum melabuhkan duduk disebelah
ibunya. hari ni dia balik awal kerana ingin makan tengahari bersama ibunya yang
keseorangan kerana ayahnya sekarang berada di luar Negara menguruskan
perniagaannya di sana. Meskipun ada abangnya, dia tidak yakin abangnya akan
pulang awal kerana tugas abangnya sebagai seorang guru tidak menentu masanya.
“
Rafiq saja balik awal nak makan tengahari dengan ibu. Ibu dah makan ke belum
ni?” tanya Rafiq manja. Bahu ibunya dipeluk lembut dan kepalanya disandarkan ke
bahu ibunya.
“
Ibu belum makan lagi. Perut ibu ni rasa macam penuh je lagi.lepas makan
tengahari ni, kamu terus pergi pejabatlah ni?” tanya Datin Sri Fatimah. Rafiq
mengangguk mengiyakan kata ibunya. pukul dua petang nanti dia ada mesyuarat
dengan ahli lembaga syarikatnya itu. Semalam dia sudah merancang untuk
menghabiskan masanya di rumah namun apabila tiba saja di pejabatnya,
setiausahanya memberitahu bahawa petang nanti ada mesyuarat.
“
Ibu, Rafiq naik atas dululah. Nak mandi lepas tu makan.” Ibunya tersenyum
mendengar kata-kata Rafiq. Inilah anak lelakinya yang paling dia sayang
sehinggakan suaminya mngatakan bahwa dia pilih kasih. Dia bukan pilih kasih,
tapi kadangkala kasihnya tertumpah lebih kepada Rafiq berbanding abangnya
kerana anaknya itu sering kali menghabiskan masa bersamanya. Jadi,tidak
hairanlah jika Rafiq menjadi anak emasnya.
Rafiq
memasuki biliknya yang luas dan dinding yang berwarna cream. Perabot didalamnya
tidaklah terlalu banyak kerana Rafiq ini jenis orang yang tidak suka keadaan
yang serabut. Baginya, jika bilik ini penuh dengan pelbagai perabot, kepalanya
boleh serabut apabila pulang dari kerja.
Rafiq
membuka butang bajunya dihadapan meja solek. Satu persatu butang baju
dihuraikan sambil matanya memandang kearah imej mukanya di cermin. Rafiq
memandang wajahnya teliti. Dia mempunyai wajah yang sempurna dan ramai gadis
cantik mendampinginya tetapi kenapa tiada seorang pun yang mendapat tempat di
hatinya? Kenapa mesti si dia yang telah lama meninggalkan cintanya? Walaupun
dikhianati, si gadis itu tetap berada di dalam hatinya. Si gadis itu tega
meninggalkannya untuk bersama dengan abangnya sendiri. Masih terdengar lagi
kata cinta gadis itu kepada abangnya. Kepedihan itu hanya dia seorang saja yang
tagung. Tapi akhirnya, dia dan abangnya sama-sama menanggung perasaan sakit itu
apabila Kirana pergi meninggalkan mereka selama-lamanya setelah melahirkan anak
abangnya.
Dia memandang kearah
penjuru cermin itu. Di situ, terlekatnya gambar seorang wanita yang sekian lama
bertakhta di hatinya. Rafiq berjalan kearah cermin itu dengan tangannya
memegang baju kemeja biru berjalur putih yang baru dilucutkan dari tubuhnya.
Gambar wanita itu ditanggalkan dari cermin dan dipandang sayu. Dia mengeluh.
Semenjak, perkara dua tahun lepas berlaku, dia sudah kerap sekali mengeluh.
Mengeluh bukan atas desakan kerja tetapi atas desakan hati yang sentiasa
merindu dan mencintai gadis itu.
Kirana…
panggil hatinya. Matanya tidak lepas menatap wajah cantik di gambar itu. Rafiq
rindu Kirana. Rindu sangat. Maafkan Rafiq kerana terus-terusan menyimpan
perasaan ini sedangkan Rafiq dah berjanji dengan Kirana untuk cuba buang
perasaan ini. Tapi Rafiq tak boleh. Dah dua tahun berlalu, tapi rasa sayang ini
masih kekal dihati ini. Hatinya berkata-kata. Masa dua tahun adalah masa yang
cukup panjang untuk melupakan gadis itu tapi tetap tidak boleh. Dia sudah
berjanji pada diri sendiri. Jika dia menemui seorang wanita yang layak menjadi
pendampingnya, cinta itu akan diusir jauh dari hatinya. Dan yang tinggal hanya
kenangan saja. Gambar itu dilekatkan semula pada penjuru cermin itu.
Safrina
duduk di meja guru yang disediakan di dalam kelas pelajar tingkatan tiga. Dia
mengajar subjek Sejarah manakala subjek Fizik diajarnya di kelas pelajar
tingkatan lima. Hanya sebuah saja kelas yang diajarnya bagi tingkatan lima dan
tingkatan tiga. Tingkatan satu pula ada dua kelas yang perlu diajar subjek
Matematik. Safrina memerhatikan pelajarnya yang sedang mencatat nota di papan
putih itu. Jarinya runcingnya dipatahkan. Sudah tiga kelas dia masuk. Setiap
kelas yang dimasuki pasti dia akan mengenalkan dirinya dulu. Kali ini, baru dia
sedar betapa besarnya dugaan seorang guru. Jika murid tidak memahami apa yang
diajar, guru bertanggungjawab untuk memahamkannya. Tapi, dia rasa lapang dada
apabila melihat pelajarnya yang mengangkat tangan apabila tidak faham.
Sekurang-kurangnya mereka ada sikap berusaha untuk memahami apa yang diajar.
Tiba-tiba
dia teringatkan tentang peremuannya dengan Hakim pagi tadi. Ya Tuhan. Hanya Tuhan
saja tahu betapa debarnya dada ini apabila lelaki yang ketika dahulu mendapat
tempat di hatinya berada di depan mata. Fikirannya melayang mengingati kejadian
pagi tadi.
Safrina terkaku dihadapan Hakim. Begitu juga
Hakim. Dia tidak menyangka dia bakal menemui adik angkatnya di sekolah yang
sama. Ketika di maktab dulu, mereka rapat bagaikan sepasang kekasih. Tetapi
bagi Hakim mereka tidak lebih sebagai seorang adik dan abang. Namun bagi
Safrina, dia gembira mereka digelar sebagai sepasang kekasih. Kerana sudah lama
di mengimpikan semua itu. Namun, Hakim langsung tidak mengendahkan perasaannya
meskipun pelbagai petunjuk sudah diberikan.
“ Hakim, Cik Safrina,” tegur cikgu
Amran apabila mlihat mereka terkaku dihadapan masing-masing. Pelik dia melihat
mereka berdua. Cara mereka seperti kenal antara satu sama lain.Hakim dan
Safrina sedar dari lamunan masing-masing. Mereka terus memandang sekeliling
mereka. Ada diantara guru-guru yang berbisik-bisik diantara mereka. Hakim yang
mula berasa kurang senang dengan suasana itu segera meminta diri. Safrina pula
terkulat-kulat djhdapan guru-guru itu. Namun sedikit sebanyak hatinya mula lega
apabila ada guru-guru yang menegurnya dan diajak berbual. Hakim yang sedang
duduk di mejanya dikerling. Tidak puas menatap wajah itu.wajah itu makin kacak
dimatanya. Namun segera dia mengingatkan dirinya bahawa lelaki itu sudah
berkahwin dan mungkin mempunyai anak. Ah! Hakikat yang memeritkan.
Safrina terhenti dari lamunannya.
Dia memandang kearah luar kelas. Koridor yang selalunya menjadi tempat pelajar
lalu lalang mulai kosong. Pandangan kosong dilemparkan kearah koridor. Matanya
terlihat sosok tubuh yang sangat dikenalinya yang sedang berjalan di koridor
itu. Safrina yakin, lelaki itu pasti akan melintasi kelasnya. Dadanya berdebar.
Dari dulu hingga sekarang debaran itu tidak pernah sekata nadanya. Buku teks
diatas meja dicapai dan wajahnya ditutup dengan buku teks. Dia tidak ingin lelaki
itu melihat dirinya di dalam kelas ini. Dia mengintip lelaki itu disebalik buku
teks itu. Dan benar sangkaannya, lelaki itu melintasi kelasnya. Namun apa yang
lebih mengejutkan, lelaki itu berhenti di hadapan kelasnya. Wajahnya ditutup
sepenuhnya dengan buku teks. Apabila lelaki itu memberi salam dia buat pekak!
Haih, gagal betul kau jadi cikgu Ina!
“
Cikgu Safrina, Cikgu Hakim ada dekat luar kelas,” tegur ketua kelas itu. Hah
kau! Amek kau! Kan dah kena tegur.
Buku teks diturunkan dari wajahnya dan dia memandang kearah Hakim. Mata Hakim
membulat melihat gerangan guru perempuan itu. Namun, dia tersenyum manis pada
Safrina. Makin tak sekata tempo jantung Safrina. Safrina berdiri di tempatnya.
Langsung tidak beranjak untuk ke luar kelas. Dia berdiri bersebelahan
kerusinya.
“
Cikgu Hakim ada apa datang kelas ni?” tanya Safrina sambil tersenyum. Sedaya
upaya menghilangkan rasa debar di hati. Hakim melihat waktu pada jam tangannya.
Dia menunjukkan jam tangannya kepada Safrina. Gadis itu mengerutkan dahinya.
Apahal mamat ni tunjuk jam dekat aku? Mentang-mentang pakai jam jenama Rolex,
aku kisah sangat lah tu! Kutuknya. Namun Hakim masih lagi menunjukkan jamnya.
Makin kerap jam tangannya ditunjuk, makin bertambah kerutan di dahi Safrina.
Hakim
menunjukkan jam tangannya kepada Safrina. Dia bukan ingin menunjuk tapi sebgai
tanda bahawa masa bagi Safrina untuk kelas ini sudah tamat. Sudah tiba
gilirannya untuk mengajar pula. Namun Safrina seperti tidak faham apa yang
diperkatakn. Selalunya apabila dia berbuat begitu kepada guru-guru lain, cepat
saja mereka faham tapi lain pula bagi Safrina. Kim, sedarlah sikit dia tu cikgu
baru. mana dia tahu ‘tagline’ kau
dengan cikgu-cikgu lain!
“
Cikgu Safrina, cuba cikgu tengok jam sekarang dah pukul berapa?” tanya Hakim.
Terselit sedikit nada sinis pada ayatnya. Safrina hanya menurut saja. Dia
mengeluarkan cellphone nya untuk
melihat waktu sekarang. Mata Safrina membulat. Alamak! Sekarang ni masa aku dah
habis! Tapi kenapa aku tak dengar bunyi loceng? Safrina cuba menormalkan balik
wajahnya. Dia cuba melindungkan perasaan malunya di hadapan Hakim. Hakim hanya
berpeluk tubuh di hadapan kelas itu sambil merenung Safrina.
“
Sekarang ni pukul sebelas lima puluh lima minit pagi. Kenapa cikgu Hakim tanya?
Takkan lah jam punya canggih macam tu tak digunakan kot,” balas Safrina
bersahaja. Sebenarnya dia ingin melindung perasaan malunya itu. Dia tahu
masanya sudah tamat namun dia tidak mahu terkantoi begitu saja. Entah kenapa
dengan dirinya ini. Pagi-pagi buat hal!
“
Ya, saya tahu pukul berapa sekarang. Tapi cikgu Safrina sedar tak sekarang ni
masa saya pula?” balas Hakim. Dia tahu gadis itu sengaja berpura-pura tidak
tahu atau tidak faham.
Safrina
terkulat-kulat apabila Hakim berkata begitu. Dia cuba memaniskan wajahnya dan
wajah pelajarnya yang sedang memandangnya dipandang. “ Oh really? Tapi kenapa
saya tak dengar bunyi loceng? Awak semua dengar tak bunyi loceng?” tanya
Safrina kepada pelajarnya. Hakim tergelak kecil melihat kelakuan gadis itu.
Kalut! Kutuknya.
Pelajarnya menggeleng menandakan mereka tidak
mendengar bunyi loceng. Safrina tersenyum. Gembira rasanya apabila melihat
pelajarnya seperti mem’back up’ nya. Padahal mereka hanya memberitahu yang
benar saja.
“
Benar,loceng tidak berbunyi kerana loceng mengalami kerosakan. Tetapi, sebagai
seorang guru mesti lah peka, cikgu Safrina.” Safrina menundukkan wajahnya. Rasa
malu pula. Baru saja dia mengajar di sini dah kena tegur. Safrina memandang
pelajarnya. Ada pelajarnya yang sedang tersenyum-senyum. Huh! Bengangnya aku!
Beg
tanganya diatas meja dicapai. Dia berdiri di hadapan murid-murid semua dan
ketua kelas memberi arahan untuk berdiri kepada semua pelajar. Kemudian,
Safrina keluar dari kelas menuju ke tempat di mana Hakim berdiri. Dia berhenti
sejenak di hadapan Hakim kemudian berlalu pergi.
“
Ina, abang minta maaf kalau Ina berkecil hati tadi,” ujar Hakim perlahan seakan
bercakap dengan dirinya. Namun, kata-kata itu sudah cukup untuk didengari
Safrina. Safrina menghentikan langkahnya. Dia terkejut mendengar kata-kata
lelaki itu. Dia memusingkan badannya menghadap ke tempat Hakim namun Hakim
sudah masuk ke dalam kelas. Abang? Safrina menelan air liurnya. Dia dengar
dengan jelas apa yang dikatakan lelaki itu. Hatinya berbunga-bunga. Ina, kau
kena ingat dia tu suami orang dan dia Cuma anggap kau tak lebih sebagai seorang
adik. Hatinya berkata-kata dan bunga-bunga mekar di hatinya seakan layu. Ya,
dia kena ingat perkara yang satu itu. Dia tidak ingin menjadi pemusnah kepada
sebuah hubungan suami dan isteri.
Safrina
mengemas meja kerjanya.buku-buku pelajarnya disusun dan diletakkan di satu
sudut meja. Dia duduk kembali di
kerusinya ingin menghilangkan penat menjadi seorang guru. Namun, penat atau
tidak, tanggungjawab ini tetap menjadi pilihannya dari kecil lagi sehingga lah
dia memasuki maktab perguruan. “ Safrina, tak balik lagi ke?” tegur Cikgu
Nazirah. Safrina menarik nafas sedalam-dalamnya. Gayanya diperhatikan Cikgu
Nazirah. Nampak seperti penat sangat gadis itu pada matanya.
“
Belum balik lagi, Kak Irah. Saya tanda dulu buku-buku budak ni. Takut kalau
bawa balik rumah tak tertanda pula,” balas Safrina sambil tersengih malu.
Nazirah hanya tersenyum mendengar kata-kata Safrina. Suka dia melihat Safrina.
Perwatakan gadis itu membuatkannya cepat di senangi. Pada pandangannya, gadis
itu periang orangnya. Jarak umur mereka hanya beza dua tahun saja membuatkan
mereka tidak kekok berbual.
“
Jangan balik lewat sangat. Dah pukul dua setengah petang ni. Sekolah ni pun dah
kosong. Tinggal kamu dengan kak Irah je ni.” Safrina hanya senyap saja
membiarkan Nazirah ‘membebelnya’. Nazirah berjalan ke koridor bangunan empat
tingkat itu. Safrina dan Nazirah berada di bilik guru tingkat dua. Bangunan ini
menghadap kearah pintu pagar utama. Dari tingkat dua itu, Nazirah terlihat
sebuah kereta Honda Accord berada di hadapan pintu pagar itu. Dari bangunan
itu, dia ternampak seorang lelaki sedang bersandar di pintu kereta itu sambil
berbual kosong dengan pengawal keselamatan sekolah itu. Siapa lelaki itu? Tak
pernah nampak pun. Hati Nazirah tertanya-tanya.
“
Ina,” panggil Nazirah sambil berjalan masuk ke dalam bilik guru. Safrina yang
sudah bersiap sedia untuk pulang mengalihkan pandangan kepada Nazirah. Dia
berjalan mendekati Nazirah.
“
Ina, cuba Ina tengok dekat luar sana. Ina kenal tak lelaki itu?” tanya Nazirah
sambil jarinya menunjuk kearah luar sekolah itu. Dahi Safrina berkerut
memrhatikan lelaki yang sedang berbual dengan pengawal sekolah itu. Wajah
lelaki itu diamati. Eh, lelaki tu macam… Abang Ajiq?! Safrina memandang
Nazirah. “ Kak Irah, Ina kenal lelaki tu. Dia sekampung dengan Ina,” balas
Safrina sambil memerhatikan lagi Haziq. Tapi Safrina pelik, apa lelaki itu buat
di sini?
“
Oh, orang kampung Ina rupanya. Apa dia buat dekat sini?” tanya Nazirah sambil
memandang Haziq juga. Dia tertarik untuk melihat lelaki berkulit cerah itu.
Amboi, Irah! Suami ada dekat rumah nak jeling orang lain lagi tu. “ Ina pun tak
tau apa dia buat dekat sini. Marilah kak kita turun,” ajak Safrina kepada
Nazirah. Nazirah menganguk sebelum menyuruh Safrina menunggunya sebentar untuk
mengunci bilik guru itu.
Haziq
berbual dengan pengawal keselamatan sekolah tiu, Pak Kasim, mengenai kesihatan
anak lelaki tua itu. Dua hari lepas, Pak Kasim telah menghantar anak lelakinya
itu ke kliniknya. Anaknya itu mengalami demam biasa. Sebenarnya, dia datang
sini ada hajatnya. Dia datang sini ingin menjemput Safrina pulang dari sekolah.
Walaupun gadis itu sudah memberitahunya bahawa dia boleh menaiki teksi, tapi
hatinya tetap berdegil ingin menjemput gadis itu pulang. Sudah satu jam lebih
dia berbual dengan pengawal keselamatan itu. Namun, bayang Safrina tidak
kelihatan. Mungkin dia sudah pulang agaknya. Hatinya berkata-kata. Ada sedikit
perasaan kecewa.
“
Haziq, pakcik sebenarnya nak tanya kamu ni. Dari tadi pakcik nampak kamu dekat
sekolah ni. Kamu tunggu seseorang ke?” tanya Pak Kasim sambil menghisap
rokoknya. Haziq tersengih. “Sebenarnya memang tunggu seseorang. Tapi dah balik
agaknya ‘dia’ tu. Tapi tak mengapalah, boleh berbual-bual dengan Pak Kasim.
Boleh tau-tau sikit pasal kesihatan anak Pak Kasim tu,” kata Haziq tanpa
memeberitahu siapa orangnya. Dia tidak mahu Pak Kasim mengetahui siapa orangnya.
Pak Kasim tersenyum senang mendengar kata-kata Haziq. Baik sungguh hati doctor
muda ni. Getus hatinya. “ Oh begitu. Terima kasihlah ambil berat pasal anak Pak
Kasim,” balas Pak Kasim. Haziq hanya tersenyum sambil matanya memandang
sekeliling. Manalah tahu orang yang dicarinya msih belum pulang.
Safrina
berjalan menuju kearah Haziq dan pengawal keselamatan itu. Nazirah sudah pulang
dengan membonceng motosikalnya. Memandangkan kereta Honda Accord milik lelaki
itu telah menghalang jalan keluar kerana keretanya diberhentikan betul-betul
berhadapan pintu pagar utama itu, dia
keluar dari sekolah itu menggunakan pintu pagar kedua yang masih belum dikunci
pengawal keselamatan itu.
“
Abang Ajiq,” panggil Safrina yang sudah tiba di pintu pagar utama itu. Haziq
menghentikan perbualannya begitu juga pengawal keselamatan itu. Jelas kelihatan
wajah Haziq seperti terkejut. Sangkanya gadis itu sudah pulang. Hatinya
berbunga ceria. Wajah yang nyata terkejut berganti dengan senyuman manis.
Safrina turut membalas.
“
Haziq, pakcik masuk pondok pengwal dahulu lah, ya,” kata pengawal keselamatan
itu. Haziq menganggukan kepalanya seakan mengizinkan pengawal keselamatan itu
pergi. Safrina memandang haziq yang sedang bersandar di keretanya. Safrina
berdiri di sebelah Haziq. “ Abang Ajiq buat apa dekat sini? Tunggu Siti ke?”
tanya Safrina. Mustahil Haziq tunggu adiknya, Siti kerana pukul satu petang
tadi sekolah ini mula kosong dengan pelajar yang tinggal hanya guru-guru.
Haziq
hanya tersenyum. Wajah gadis dihadapannya itu direnung dalam sehingga embuatkan
gadis itu menundukkan pandangannya. Comel! “ Abang bukan tunggu Siti,” kata
Haziq dengan wajahnya yang selamba. Dahi Safrina semakin berkerut. Kalau bukan
tunggu Siti, tunggu siapa Abang Ajiq ni? Hatinya tertanya-tanya. “ Habistu
abang tunggu siapa?” tanya Safrina tanpa memandang wajah Haziq. Perasaan malu
masih menebal dalam dirinya apabila direnung sebegitu.
“
Abang tunggu seorang wanita bernama Safrina Sumayyah.” Kenyataan Haziq
membuatkan Safrina terus mendongakkan kepalanya memandang Haziq. Haziq hanya
tersenyum kecil sebelum berlalu ke pintu sebelah pemanduan. Pintu itu dibuka
dan tangannya mempersilakan Safrina masuk. Safrina yang masih terkejut
teragak-agak untuk masuk ke dalam kereta itu. Haziq yang melihat Safrina yang
teragak-agak untuk masuk memanggil namanya dan disuruh gadis itu masuk. Tetapi,
safrina tetap tidak masuk.
“
Abang Ajiq nak bawa Ina ke mana?” tanya Safrina lurus. Haziq tergelak kecil
mendengar pertanyaan itu. Pintu kereta itu dibiarkan terbuka. “ Abang nak culik
Ina,” kata Haziq sambil tergelak kecil. Safrina memasamkan mukanya. “ Mestilah
abang nak hantar Ina balik,” kata Haziq lagi. Safrina masih tidak berganjak. “
Ina kan dah cakap yang Ina boleh naik teksi. Tak payah lah abang susahkan diri
abang,” kata Safrina lembut. Haziq masih dengan senyuman di bibir. “ Tak payah
naik teksi. Hari ni biar abang yang jadi pemandu teksi Ina,” balas Haziq
bersahaja. Akhirnya, pintu kereta yang terbuka sejak tadi tertutup apabila
Safrina masuk ke dalamnya. Haziq tersenyum lebar.
Suasana
di dalam kereta sunyi tanpa suara Haziq dan Safria yang kedengaran hanyalah
suara DJ radio. Haziq menjeling Safrina yang dari tadi senyap. Dia tidak betah
duduk dalam keadaan senyap macam ni. “ Ina, esok biar abang hantar Ina ke
sekolah,” kata Haziq bagi memecahkan kesunyian di antara mereka. Safrina yang
sejak tadi menghadap tingkap kereta memandang Haziq. Kenyataan lelaki itu
mengejutkannya.
“
Abang Ajiq, tak payah lah susah. lagi pun Ina ada kaki boleh berjalan kaki
pergi sekolah.” Haziq tersentak mendengar kata-kata Safrina. Jalan kaki? Tidak
tahukah gadis itu, jarak kampung mereka untuk sekolah itu ialah lima kilometer.
Jauh! Haziq memandang tidak percaya kepada Safrina.
“ Ina, jauh tu jalan kaki nak ke
sekolah. Larat ke Ina nak jalan kaki?” tanya Haziq. Safrina hanya tersenyum.
Larat? Dia pun tidak pasti adakah dia larat atau tidak. Namun untuk menerima
bantuan lelaki itu terasa malu pula.
“
Err, mestilah larat. Bukan jauh sangat pun sekolah tu,” balas Safrina perlahan.
Kali ini tiada balasan dari Haziq. Safrina menjeling kearah Haziq yang sedang
tenang memandu. Dia marahkan aku ke? Hatinya tertanya-tanya. Akhirnya mereka
berdua diam saja hinggalah tiba di rumah Safrina. Safrina mengucapkan terima
kasih namun tiada balasan daripada Haziq. Safrina sedih melihat Haziq
begitu.kenapa dia sedih? Dia pun tidak tahu. Yang pasti dia kecewa melihat
reaksi dingin lelaki itu. Safrina hanya memandang saja kereta Haziq yang
dipandu keluar dari kawasan rumahnya. Abang Ajiq, janganlah marah……
BAB 3
Hakim memandu masuk keretanya ke
perkarangan rumah banglo mewahnya itu. Kereta Proton Inspira diparkirnya di
garaj kereta bersebelahan kereta ibunya. dia keluar dari kereta dan
barang-barang yang dibelinya dikeluarkan dari seat belakang. Barang permainan
untuk anaknya dan barang dapur yang dipesan ibunya dijinjing sambil berjalan
kearah pintu rumah. Baru saja dia ingin masuk ke rumah, bunyi hon kereta
kedengaran. Hakim memandang kearah kereta Audi RX8 adik lelakinya yang sedang
brhenti di belakang keretanya. Apahal pula budak ni? Petang-petang dah cari
pasal. Getus hatinya.
Rafiq
keluar dari kereta sambil merenung Hakim. Keretanya sengaja diberhentikan di
belakang kereta abangnya itu. “ Kim, apa ni, bro? apa pasal kau parkir kan
kereta kau dekat garaj ni?” tanya Rafiq sambil menendang tayar kereta abangnya.
Dia sengaja berbuat begitu. Dia sedar perbuatannya itu sengaja menaikkan
kemarahan abangnya itu. Tapi memang itu yang dia inginkan.
Hakim
menghela nafas halus. Apa lagi yang budak ni nak cari pasal dengan aku? Hatinya
membentak geram. Pintu rumah yang terbuka di tutup balik. Dia tidak mahu
mamanya melihat dia dan adiknya itu bertengkar nanti. Barang-barang yang dibeli
diletak atas lantai lalu menuju kearah adiknya yang masih asyik menendang tayar
keretanya itu.
“
Kau apahal Fiq? Kau tak nampak ke dekat rumah ni ada dua garaj. Kau letaklah
kereta kau dekat garaj yang lagi satu. Itu pun aku nak kena ajar ke?!” tempelak
Hakim. Geram dia melihat perangai adiknya yang suka sangat mencari pasal
dengannya. Tidak sudah-sudah perasaan sakit hati adiknya itu kepada dia. Yang
lepas tu biarlah lepas. Dia juga turut menderita dengan apa yang terjadi dua
tahun lepas. Bukan adiknya seorang saja.
“
Masalahnya Kim, tempat yang kau parking kan kereta kau ni, tempat biasa aku.
Kau tak nampak ke selama ni garaj yang ni jadi tempat ‘rasmi’ aku letak
kereta?!” balas Rafiq. Wajah tenang abangnya menaikkan lagi amarahnya. Entah
apa yang membuatkan arwah Kirana terpikat dengan abangnya padahal dia lebih
bagus dari abangnya. Jika dibandingkan rupanya dengan abangnya, memang sah-sah
dia lebih kacak! Tapi, Rafiq tidak sedar, arwah Kirana terpikat dengan abangnya
berdasarkan sikap abangnya yang berhemah tinggi dan sentiasa bertolak ansur
dengan arwah Kirana. Jadi tidak hairanlah arwah Kirana jatuh hati kepada
abangnya dan meninggalkan dirinya. Jika Rafiq, sikapitu sukar sekali ada pada
dirinya. Sering kali arwah Kirana mengalah dengannya dalam apa-apa jua hal.
Hakim
mengepal penumbuk. Nasib baik dia mengenangkan ini adiknya. Kalau tidak sudah
pecah bibir itu makan penumbuknya. Dia bukan sengaja meletakkan keretanya di
garaj itu. Tidak sangka pula garaj kereta juga boleh manjadi persengketaan
mereka. “ Aku bukan sengajalah nak letak kereta dekat situ. Kau pergilah letak
kereta kau dekat garaj sana. Itu pun kau tak puas hati,” balas Hakim dengan
nada suara yang tertahan-tahan. Ikutkan hatinya ingin saja dia menengking kuat
adiknya di situ.
“
Memang aku tak puas hati! Dari dulu lagi aku tak puas hati dengan kau! Aku pun
tak tahulah apa yang Kirana pandang sangat dekat kau! Padahal aku beribu kali
bagus daripada kau. Aku lebih sempurna daripada kau. Kalau Kirana tak kahwin
dengan kau, dia akan hidup dan dia pun jadi milik aku! Dan keadaan sekarang
pasti tak akan berlaku kalau kau tak cuba nak rampas dia dari aku! Kau memang
bangsat! Lelaki tak guna dalam dunia ni!” jerit Rafiq kearah abangnya.
Melepaskan segala perasaan tidak puas hati kepada abangnya.
Pang! Rafiq jatuh
tersembam ke lantai. Pipinya perit akibat ditampar. Darah merah mengalir di
tepi bibirnya. Pipinya yang perit digosok perlahan. Dia mengangkat pandangan
dan matanya bertembung dengan mata seseorang. Jelas sekali mata lelaki yang
menamparnya itu bersinar garang. Rafiq terkaku. Tak menyangka persengketaan
mereka didengari seseorang dan yang lebih mengejutkan, orang yang menamparnya ini adalah orang yang sangat dihormatinya.
Tan Sri Saifudin
merenung garang anak lelakinya itu. Tangannya yang perit akibat menampar anak
lelakinya itu digosok perlahan. Dia baru saja balik dari luar negari dan
berehat di dalam bilik. Namun bunyi bising di luar rumah membuatkan dia
terganggu. Keluar saja dari rumah, dia melihat Rafiq sedang mencemuh abangnya.
Tidak sangka anak lelakinya itu semakin lama semakin biadab tingkah laku dan
tutur bicaranya.
“ Jaga mulut tu,
Muhammad Rafiq Kaifyl! Papa tak tahu apa kena dengan kamu ni sampai dengan
abang sendiri pun mulut jadi biadab macam ni! Kamu kena terima hakikat tu Fiq!
Perkara tu semua dah lepas! Dah tiada apa boleh diubah. Papa kecewa tengok kamu
macam ni! Perangai kamu tu buat papa rasa gagal dalam didik anak! Tak boleh ke
kamu buang sikap ego dan panas baran kamu tu?! Tak boleh ke? Sekali lagi kamu
bersikap macam ni, papa tak akan teragak-agak untuk ambil balik jawatan yang
papa berikan. Jangan cabar kesabaran ayah,” ujar Tan Sri Saifudin sebelum
berlalu meninggalkan Rafiq di luar rumah. Hakim hanya diam sahaja. Dia
memandang adiknya. Adiknya masih lagi terduduk diatas lantai rumah itu. Tak
sangka tangan papanya yang sampai dulu ke pipi adiknya. Sepatutnya penumbuknya
yang menyinggahi pipi itu. Mungkin ada hikmahnya semua ini. Jika ayahnya tidak
masuk campur, mungkin sekarang dia sedang bertumbuk dengan adiknya. Hakim
mengeluh halus. Penuh sungguh dugaan baginya
Rafiq hanya terduduk
diatas lantai dengan merenung kosong lantai luar rumah itu. Tangannya masih
lagi mengusap pipinya. Kata-kata ayahnya bagai kedengaran di telinganya.
Kata-kata ayahnya langsung tidak memberi kesan kepada dirinya. Langsung tidak
memberi kesedaran kepada dirinya. Baginya, apa yang dilakukannya tadi tidak
patut ditegur kerana mereka bukan ada di tempatnya.
Rafiq terpana melihat
ada seseorang menghulurkan tangan kepadanya untuk bangkit berdiri. Dia
mendongakkan kepala dan melihat gerangan orang itu. Hakim tersenyum pahit
kearahnya sambil menghulurkan tangan kepadanya agar berdiri. Namun, dia
langsung tidak menyambut huluran itu. Dia terlihat senyuman yang terukir di
bibir abangnya. Amarahnya meluap naik. Senyuman itu bagaikan sindiran
kepadanya.
“ Aku tak perlukan
abang macam kau untuk bantu aku,” kata Rafiq sambil merenung tajam abangnya.
Wajah Hakim berubah mendengar kata-kata adiknya. Dia ingin membantu namun
kata-kata itu yang diterimanya. Tangannya ditolak kasar oleh Rafiq. Dia
memandang adiknya yang bangkit berdiri di hadapannya. Rafiq merenung tajam
abangnya sebelum masuk ke dalam rumah. Hakim meraup kasar wajahnya. Berserabut
kepalanya dengan sikap adiknya itu. Ya Allah, hebatnya dugaan Mu ini. Hatinya
merintih….